Skip to main content

REFLEKSI SEBELUM , SEMASA DAN SELEPAS PROGRAM JALINAN MASYARAKAT (17200799/1 TREECHAWITH CHARENRHAD WIKLEI)

PROGRAM ASAS TINKERCAD CRICUIT DAN ARDUINO - SMK Bandar Kinrara Seksyen 4

Oleh: TREECHAWITH CHARENRHAD A/L WIKLEI

No. Matrik: KIG180527 (17200799/1)

_____________________________________________________________________________________________________

SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN

Ketika saya diperkenalkan dengan subjek jalinan masyarakat, pelbagai persoalan yang bermain diminda saya tentang bagaimana saya dan rakan-rakan hendak melaksanakan program ini. Pada awal sesi, kami diberitahu tentang struktur dan perkara yang perlu kami lakukan untuk melengkapkan projek ini oleh Dr. Norhafizan. Kami dikehendaki untuk mendapatkan 32jam sesi jalinan bersama masyarakat dan juga mengaplikasikan STEM dalam program kami untuk memenuhi segala kriteria yang diperlukan.

Setelah penerangan beliau, maka bermulalah sesi 'brainstorming' oleh kami semua. kami mulakan dengan membuat satu 'whatsapp group' supaya lebih memudahkan kami untuk berkomunikasi dan berkongsi idea. Selepas itu, kami semua mula memberi idea untuk menyiapkan proposal kami terlebih dahulu.

Setelah berbincang selama beberapa hari, akhirnya kami telah mecapai satu keputusan untuk mengajar murid-murid sekolah menengah tentang subjek fizik dengan menunjukkan mereka beberapa uji-kaji yang ringkas untuk memantapkan lagi pemahaman mereka. komuniti pelajar yang telah diplih oleh kami ialah pelajar dari Tahfiz Darul Furqan Bandar Tun Hussein Onn.

Setelah proposal kami diterima oleh koordinator subjek, kami memulakan langkah seterusnya dengan melakukan beberapa persiapan untuk program tersebut. Malangnya, disebabkan oleh kes covid-19 yang naik mendadak, kami terpaksa membatalkan program kami di tahfiz tersebut. Oleh itu, kami mula untuk berfikir langkah dan strategi seterusnya untuk kami menyiapkan projek kami ini. Mujur ketua kumpulan kami iaitu Sofwan berjaya mencari komuniti yang baru dengan bantuan pensyarah, iaitu pelajar dari SMK Bandar Kinrara Seksyen 4. Kami berasa amat gembira bila diberitahu akan hal tersebut.

Namun, terdapat  beberapa perubahan akan program yang akan kami jalankan. Kami ditugaskan untuk mengajar pelajar tersebut asas untuk membina litar dan arduino menggunakan aplikasi tinkercad. Kami juga dikehendaki siupaya dapat membimbing pelajar-pelajar tersebut untuk menyelesaikan masalah berkaitan sistem akuaponik di sekolah mereka. Oleh itu, pelbagai persiapan perlu dilakukan oleh kami semua.

Sofwan mula untuk membuat satu whatsapp group bersama guru-guru dan pelajar-pelajar yang akan menghadiri program kami nanti. Kami mula untuk berinteraksi bersama mereka dan mendapatkan maklum balas tentang tarikh dan waktu program tersebut akan dijalankan. Setelah mendapat maklum balas dari semua pelajar, kami telah mengeluarkan jadual yang memaparkan topik dan juga mentor yang akan mengajar pelajar-pelajar tersebut.

Setelah semuanya telah ditetapkan, maka saya mula untuk mengambil bebrapa inisiatif untuk memantapkan lagi pemahaman saya berkaitan topik yang akan saya ajar kepada pelajar-pelajar nanti. Saya menambah ilmu berkaitan tinkercad circuit melalui youtube dan juga dengan mencuba sendiri aplikasi tersebut. Pada 8 Jun 2021 saya akan mengajar mereka asas membina litar menggunakan TinkerCad.

PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN

Pengajaran yang saya dapat sebelum program dijalankan adalah kita mestilah sentiasa bersedia dan mempunyai rancangan yang lain sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi kerana tidak semua perkara akan menjadi seperti apa yang kita rancangkan. Contoh, rancangan pertama kami untuk melakukan program di tahfiz dibatalkan secara tiba-tiba di saat-saat akhir. Namun dengan bantuan ketua kumpulan kami dan juga pensyarah kami berjaya mendapat komuniti yang baru.

_________________________________________________________________

SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

HARI PERTAMA ( SESI BERSAMA SAYA, YUSRI DAN IMRAN )

Pada hari pertama, kami mulakan program kami dengan bacaan doa oleh Muhammad Nur Iman dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengetua SMK Bandar Kinrara Pn. Fazlon. Seterusnya, kami melakukan aktiviti ice breaking dengan memperkenalkan diri kami sebagai mentor-mentor dan juga mejemput pelajar untuk memperkenalkan diri mereka.

Setelah selesai sesi ice breaking, sesi pertama dimulakan dengan pengenalan oleh Muhammad Imran. Setelah itu, maka tibalah sesi untuk saya mengajar pelajar-pelajar tersebut asas unutk menggunkan Tinkercad circuit. Pada awalnya, saya berasa agak takut sekiranya pelajar-pelajar tidak dapat mengikuti apa yang saya ajarkan. Saya mulakan dengan menujukkan mereka langkah demi langkah untuk membuka aplikasi tersebut. Diikuti dengan penerangan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

                            

                         

Selepas itu saya menunjukkan lagi beberapa contoh untuk diikuti oleh para pelajar. Setelah selesai menujukkan cara-cara membina litar tersebut, saya meminta para pelajar untuk menghantar hasil kerja masing-masing di whatsapp. Setelah melihat kepada hasil-hasil yang ditunjukkan, saya berasa amat seronok kerana berjaya untuk memastikan mereka semua dapat memahami apa yang diajari oleh saya.

HARI KEDUA ( SESI BERSAMA IMAN DAN IRFAN )

Sesi pada hari kedua diajar oleh iman dan irfan. Pada sesi ini, mereka mengajar dengan lebih mendalam lagi tentang litar dan menggunakan satu komponen baru iaitu arduino. Mereka berjaya memberikan penerangan yang baik dan pelajar-pelajar dilihat dapat mengikuti apa yang diajarkan melalui maklum balas yang diberi daripada pelajar-pelajar. 

                       

                         

Mereka juga memberikan tutorial kepada pelajar-pelajar untuk dibuat selepas daripada sesi pembelajaran. Apa yang menakjubkan ialah apabila pelajar-pelajar menyiapkan tugasan tersebut hanya dalam masa dua jam selepas sesi. Ini menunjukkan mereka mempunyai minat untuk belajar dan mereka berasa seronok untuk melakukannya. 

HARI KETIGA ( SESI BERSAMA AIMAN DAN SOFWAN)

Pada hari ketiga, kami mengadakan pop quiz kepada pelajar-pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang telah mereka belajar dua hari lepas. Sesi ini diketuai oleh sofwan dan juga aiman. Sesi dimulakan dengan penerangan tentang soalan supaya pelajar-pelajar dapat memahami dan megetahui apa yang diajar. Bagi saya soalan yang diberi adalah menarik dan bersesuaian dengan apa yang mereka telah berjaya.

                    

                       

saya melihat murid-murid semua dapat menjawab soalan dengan baik dan ada beberapa kumpulan yang sangat kreatif dengan menambah lagi beberapa komponen dalam litar mereka. Semua murid berjaya menjawab soalan yang diberi. ini menunjukkan bahawa mereka memahami apa yang diajar oleh kami semua.

HARI KEEMPAT (SESI BERSAMA HAZMIE DAN SOFWAN)

Sesi pada hari keempat diketuai oleh Hazmie dan Sofwan. Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada sistem akuaponik oleh Sofwan. Seterusnya, Sofwan menunjukkan kepada pelajar-pelajar masalah yang sering dihadapi semasa sistem akuaponik ini berfungsi. Antaranya ialah bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba yang akan menyebabkan ikan-ikan di dalam kolam mati. Ini akan menyebabkan kerugian kepada pihak sekolah. 

                    

                     

Hazmie menyambung dengan memberikan idea-idea kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hazmie jugak membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk memberikan idea mereka. Respon dan komitmen yang baik diberikan oleh semua pelajar-pelajar. Guru-guru juga berminat dengan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Hazmie.  Hazmie juga menyediakan kuiz kahoot yang dijawab secara serentak dalam sesi tersebut. Pelajar-pelajar menujukkan semangat yang kompetitif untuk menjawab kuiz dengan baik kerana hadiah juga diberikan pada akhir sesi nanti. 

Sesi diakhiri dengan sesi pemberian hadiah kepada pelajar-pelajar dan juga ucapan daripada guru-guru pembiimbing. Terima kasih dan selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid SMK Bandar Kinrara dan tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik sepanjang semua sesi yang dijalankan. Syabasss semuaa!!

                    

PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

Semasa program ini dijalankan saya dapat meningkatkan lagi keyakinan diri saya. Setelah saya memberikan ilmu pada sesi 1. Saya berasa lega dan semakin yakin akan kebolehan saya setelah melihat respon-respon dan juga hasil-hasil kerja dari pelajar-pelajar yang saya ajar. Saya rasa bersyukur sangat dapat berkongsi ilmu pengetahuan kepada mereka, walaupun terdapat beberapa kekurangan tetapi saya yakin akan potensi diri saya pada masa akan datang.

__________________________________________________________________


SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN

Setelah semua sesi yang berlansung selama empat hari selesai, kami semua kembali berbincang untuk langkah seterusnya iaitu membuat laporan dan juga video pendek yang berkaitan program tersebut. Video dikumpulkan dan disunting oleh Sofwan. Berikut adalah pautan video kami https://youtu.be/cfwpABTBKh8. 

Kami membahagikan tugas masing-masing untuk menyiapkan laporan sebelum 20 jun ini.Kami juga akan membantu para pelajar dan guru SMK Bandar Kinrara sekiranya mereka mempunya masalah semasa membina litar untuk sistem akuaponik mereka.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.Anda semua memang terbaikkkk!!


PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN

Setelah semuanya telah berakhir, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan juga pengalaman yang baru terutamanya pengalaman mengajar murid-murid sekolah. Pengalaman ini sangat bermakna untuk saya dalam membina keyakinan dirii dan mengembangkan lagi potensi saya. Saya juga dapat berkongsi ilmu kepada pelajar-pelajar dan mengaharapkan yang ilmu yang diberi kepada mereka dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan dapat digunakan apabila mereka dewasa kelak.

Saya juga dapat memahami bagaimana perasaan tenaga-tenaga pengajar yang berusaha untuk memastikan semua murid-murid dapat menerima ilmu yang diajar dengan sebaiknya. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan sistem online yang kita sedia maklum akan mempunyai pelbagai masalah yang akan dialami tidak kira sama ada pada guru ataupun pelajar. Masalah seperti jaringan internet yang lemah, gadjet yang tidak mempunyai sokongan aplikasi dan sebagainya sedikit sebanyak akan memberi impak kepada hasil pembelajaran. Namun, tenaga-tenaga pengajar semua tetap memberikan komitmen yang terbaik. Perkara ini amat memberi pengajaran kepada diri saya untuk sentiasa mencuba dan memberikan yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya mengharapkan apa yang saya dapat daripada program ini akan membantu membina dan meningkatkan jati diri dan juga potensi diri saya di masa hadapan kelak.

Sekian dari saya, Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca perjalanan saya ini. 


Comments

Popular posts from this blog

The journey of the program (Muhamad Imran - 17203007/2)

  Muhamad Imran bin Abdul Aziz KIG190520 (17203007/2) BEFORE THE PROGRAM PREFACE From our social engagement class, we were supposed to form a group and fulfil the tasks handed to us through the group course work. We formed a group consisting of 8 members, all of whom study mechanical engineering and happen to be my batchmates. Initially, I only happen to know just a few of my group members, however the chemistry of the group gradually increased as we did some ice-breaking sessions via Google Meet. Within days of group formation, we conducted several online meetings to discuss about exciting & feasible projects that can be done. We ended up choosing to teach high schoolers around the ages of 14 & 15 about Physics and its applications. We contacted a variety of different public schools and eventually a Tahfiz school agreed with our proposal to teach their students. Despite preparing ourselves for this, the principal of the school backed down and the program had to be canc...

REFLECTION THROUGH MY LENS ( Muhammad Irfan Harith KIG190511)

   THE START. At the start of the semester, honestly, I had a negative feeling towards this social engagement course. I felt that it was going to be a burden and hindrance towards my time and would clash with the other courses that I’m taking in the semester. From the late class sessions to the to the confusion in understanding the objective and ways to execute this course, it was really a rough start to the whole subject, for me at least, and it was hard for me to enjoy my time during this course. Luckily for me, I found the best group mates that made this course a breeze. THE CHALLENGE In my previous studies, I have had experienced organizing and taking part in a social engagement program. It was fairly simple and straight forward. Search for a place or community, decide on a community, contact the community, organize games and activities, give out prizes, help them clean and tidy the place up and you are done. This time around, the university requires us to incorpor...