Skip to main content


PERJALANANKU SEBELUM, SEMASA DAN PASCA PROGRAM JALINAN MASYARAKAT BERSAMA SMK SEKSYEN 4 BANDAR KINRARA.

 (SEBELUM PROGRAM)

      

Pada awal semester 2 yang lalu, saya telah mendafar subjek Jalinan Masyarakat ini untuk memenuhi kehendak Universiti bagi mencukupkan jumlah jam kredit bagi kos universiti. Pada mulanya saya masih terpinga-pinga dengan apakah tujuan sebenar subjek ini diterapkan di dalam silibus institut pengajian tinggi awam. Namun, selepas beberapa minggu diberi penerangan oleh Dr. Norhafizan, secara tidak langsung saya sedar dengan apa yang akan terjadi sepanjang semester ini. Pada awalnya, kami tumbuhkan kumpulan dahulu dan kami bersepakat untuk menjadikan Sofwan sebagai ketua kumpulan kami. Nama kumpulan kami ialah SOKJU dan terdiri daripada 9 ahli. Pada mula kami bermesyuarat secara maya di laman sesawang GoogleMeet untuk membincangkan apa pelan projek yang akan dilakukan. pada mulanya kami bercadang untuk mengajar subjek Fizik di sebuah sekolah Tahfiz. Kemudian, kami membahagikan tugas untuk merangka cadangan projek. Selepas siap cadangan projek dan jadual untuk mengajar pelajar pelajar tersebut, malangnya pihak sekolah terpaksa membatalkan program ini atas sebab sebab tertentu. Namun begitu, perjalan kami tidak terhenti di situ sahaja, setelah ketua kumpulan kami berunding dengan pensyarah, kami diberi peluang untuk bekerjasma dengan SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara  bagi menjayakan program ini. Perasaan gembira menenggelami diriku pada saat itu, tidak dapat mengambarkan kegembiraan itu. Oleh itu, kami sebulat suara untuk mengajar membuat litar asas dan menggunakan arduino dengan mengunakan applikasi TinkerCAD. 


Selepas itu, kami telah memyediakan jadual bagi setiap sessi yang akan dijalankan selama 4 hari itu. Lain hari, lain input yang akan diberikan. Saya akan bersama rakan saya Imran dan juga Treecha pada sessi pertama dan juga merupakan hari pertama bagi pelajar pelajar tersebut untuk mempelajari perkara yang baharu. 


Secara peribadi, saya berasa selepas segala halangan yang telah berlaku, kita tidak boleh mengalah dan cuba lagi sehingga berhasil bak kata orang dari negara barat "Fall seven times, stand up eight". 

(SEMASA PROGRAM)

HARI PERTAMA




Pada hari, Sofwan ketua kami memberi ucapan sekaligus bersama pengetua merasmikan program UMxSMK Bandar Kinrara yang berlangsung selama 4 hari ini. Kemudian, saudara Imran akan memula la sessinya dengan mengenalkan apa itu aplikasi TinkerCAD, sejarahnya dan kegunaannya dalam industri industri pembuatan. Seterusnya, program ini diteruskan oleh rakan saya atau mentor Treechawith dengan memperkenalkan komponan komponan didalam aplikasi TinkerCAD dan cara membuat litar yang sangat ringkas dan mudah tanpa menggunakan papan roti. Akhir sekali, bermulalah bahagian saya, pada mulanya saya memperkenalkan diri saya kepada para pelajar dahulu kemudian saya meneruskan dengan sesi yang terakhir pada hari ini. Pada mulanya saya menyuruh para pelajar untuk membuka aplikasi TinkerCAD dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti latihan diakan berdasarkan pembentangan yang telah saya sediakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperaktikan apa yang telah diajar pada slot yang pertama oleh mentor Treecha. Latihan yang diberikan adalah sangat mudah dan pantas untuk disiapkan oleh para pelajar ini. 


Berdasarkan pembentangan yang saya lampirkan diatas, saya memunjukkan cara menghitung nilai voltan pada setiap rintangan dalam litar siri menggunakan aplikasi tinkerCAD dan juga mengaplikasikan pemahaman mereka selepas sesi bersama mentor Treechawith. Disebabkan oleh kekangan masa, latihan yang kedua akan dibawa pada keesokkan harinya. 


HARI KEDUA 


Pada hari kedua, sesi diteruskan oleh saya sendiri. Pada hari sebelumnya saya telah memberikan latihan 2 untuk menguji para pelajar ini. Apa yang mengejutkan saya para pelajar boleh melakukan latihan yang saya berikan itu hanya dalam satu hari sahaja. Namun begitu, pagi itu juga saya mengambil kesempatan untuk menerangkan latihan 2 itu kepada para pelajar dengan jayanya. 


Seterusnya, pada sesi yang kedua ini disambung oleh mentor Iman dan juga mentor Irfan, mereka mengajar dengan lebih mendalam, mereka menggunakan komponan arduino dan mengajar asas pengaturcaraan. Mereke juga memberikan latihan kepada para pelajar bagi menguji tahap pemahaman mereka. Bagi saya sesi kedua ini telah berjalan dengan jayanya kerana sesi ini tidak hambar dan mendapat sambutan yang jitu daripada kedua dua belah pihak. 

HARI KETIGA DAN KEEMPAT 

Pada hari seterusnya, program ini berjalan dengan lancar sebagaimana dijadualkan oleh kami. Hari ini kami telah mengadakan POP QUIZ yang disediakan oleh mentor Sofwan dan juga mentor Aiman. Mereka menyediakan satu masalah yang berkaitan dengan pemahaman mereka selama 2 hari program berlangsung. 



Pada hari keempat, sesi ini diketuai oleh mentor Sofwan dan juga Hazmie. Sofwan menerangkan sedikit sebanyak mengenai sistem aquaponik dan masalah masalah yang dihadapi oleh sistem ini. Seperti terputus bekalan elektrik yang menyebabkan ikan ikan dalam kolam mati sekaligus merugikan pihak sekolah. 



Kemudian, Hazmie juga mengemukakan beberapa solusi bagi menangani masalah yang dihadapi pihak sekolah. Hazmie juga turut membuka peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan idea idea bernas mereka. Hal ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Akhirnya, program ini diakhiri dengan pengumuman peserta yang terbaik dan mendapat hadiah dalam bentuk wang tunai. 

PENGAJARAN SELEPAS PROGRAM 

Selesai sudah program 4 hari bersama adik adik dari SMK Bandar Kinrara. Suatu pengalaman ya amat tersentuh dapat dizahirkan, sesuatu yang baharu yang tidak dapat dilupakan. Ternyata bukan mudah untuk menjaadi tenaga pengajar seperti yang diwar warkan, tambahan pula denngan sistem pdpr yang baharu ini, menjadi satu cabaran baharu bagi semua pelajar mahupun guru guru di seantero Malaysia. Ada yang mempunyai masalah gajet, masalah kelajuan internet, masalah opengan dan sebagainya. Norma baharu masih asing lagi dalam diri sesetengan insan, tidak semua orang boleh menerima norma ini dengan sepenuh hati. Jadi oleh sebab itu, kita seharusnya berkerjasama sama antara satu sama lain dan bergading bahu dalam memerangi jangkitan Covid-19 ini, agar murid murid dan juga guru guru dapat kembali ke sekolah masing masing dan mencipta kenangan baru sesama mereka. 

Menjadi tenaga pengajar walaupun hanya satu hari telah memberi impak besar terhadap diri saya, saya terus mempunyai perasaan yang amat bimbang kerana saya khuatir jika pelajar pelajar tersebut hanya bersandiwara memahani apa yang disampaikanku agar saya tidak mengulang perkara yang mungkin bosan bagi mereka beberapa kali, namun begitu tanggapan aku semakin pudar setelah masa beredar, saya dapat melihat usaha usaha yang mereka tunjukkan itu sangat jauh berbeza daripada apa yang saya sangkakan. Perasaan sebak dan terharu menggelami diriku. Mereka memang begitu fokus dengan apa yang diajar oleg mentor mentor mereka. Hal ini telah menjadikan pemangkin pada diriku untuk sentiasa fokus di dalam kelas atau di mana sahaja saya berada agar saya sentiasa maju pada masa akan datang. 




Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI SEBELUM , SEMASA DAN SELEPAS PROGRAM JALINAN MASYARAKAT (17200799/1 TREECHAWITH CHARENRHAD WIKLEI)

PROGRAM ASAS TINKERCAD CRICUIT DAN ARDUINO - SMK Bandar Kinrara Seksyen 4 Oleh: TREECHAWITH CHARENRHAD A/L WIKLEI No. Matrik : KIG180527 (17200799/1) _____________________________________________________________________________________________________ SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN Ketika saya diperkenalkan dengan subjek jalinan masyarakat, pelbagai persoalan yang bermain diminda saya tentang bagaimana saya dan rakan-rakan hendak melaksanakan program ini. Pada awal sesi, kami diberitahu tentang struktur dan perkara yang perlu kami lakukan untuk melengkapkan projek ini oleh Dr. Norhafizan. Kami dikehendaki untuk mendapatkan 32jam sesi jalinan bersama masyarakat dan juga mengaplikasikan STEM dalam program kami untuk memenuhi segala kriteria yang diperlukan. Setelah penerangan beliau, maka bermulalah sesi 'brainstorming' oleh kami semua. kami mulakan dengan membuat satu 'whatsapp group' supaya lebih memudahkan kami untuk berkomunikasi dan berkongsi idea. Selepas itu, kami semu...

The journey of the program (Muhamad Imran - 17203007/2)

  Muhamad Imran bin Abdul Aziz KIG190520 (17203007/2) BEFORE THE PROGRAM PREFACE From our social engagement class, we were supposed to form a group and fulfil the tasks handed to us through the group course work. We formed a group consisting of 8 members, all of whom study mechanical engineering and happen to be my batchmates. Initially, I only happen to know just a few of my group members, however the chemistry of the group gradually increased as we did some ice-breaking sessions via Google Meet. Within days of group formation, we conducted several online meetings to discuss about exciting & feasible projects that can be done. We ended up choosing to teach high schoolers around the ages of 14 & 15 about Physics and its applications. We contacted a variety of different public schools and eventually a Tahfiz school agreed with our proposal to teach their students. Despite preparing ourselves for this, the principal of the school backed down and the program had to be canc...

REFLECTION THROUGH MY LENS ( Muhammad Irfan Harith KIG190511)

   THE START. At the start of the semester, honestly, I had a negative feeling towards this social engagement course. I felt that it was going to be a burden and hindrance towards my time and would clash with the other courses that I’m taking in the semester. From the late class sessions to the to the confusion in understanding the objective and ways to execute this course, it was really a rough start to the whole subject, for me at least, and it was hard for me to enjoy my time during this course. Luckily for me, I found the best group mates that made this course a breeze. THE CHALLENGE In my previous studies, I have had experienced organizing and taking part in a social engagement program. It was fairly simple and straight forward. Search for a place or community, decide on a community, contact the community, organize games and activities, give out prizes, help them clean and tidy the place up and you are done. This time around, the university requires us to incorpor...